Saturday, November 24, 2018


KURNIA DAN LUASNYA RAHMAT ALLAH


Hadis ke 25 ( daripada Hadis Imam Nawawi )


Assalamualaikum wbt. Baru-baru ini, saya dan rakan-rakan telah menerima tugasan daripada Ustazah kami yang mana kami perlu membuat satu blog tentang hadis 40 Imam An Nawawi. Kami perlu menerangkan intipati hadis ini serta memberi pengajaran yang terdapat dalam hadis ini. Hasil perbincangan kami dalam satu kumpulan, kami telah memilih hadis yang ke 25 seperti yang tertera di bawah ini:






Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka." Baginda bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?" Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala."

(Riwayat Ahmad no. 21483 dan Muslim no. 1006)




Hadis yang telah kami pilih ini amat bersesuaian dengan era masa kini. Hal ini kerana kebanyakan dari kita alpa dan lupa untuk mengejar pahala bersedekah. Pahala bersedekah amat tinggi nilainya di sisi Allah SWT. Justeru itu, kita sepatutnya terus menerus menunaikan amalan bersedekah seperti mana para sahabat r.a. Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa jika kita tidak mempunyai harta untuk bersedekah, kita boleh bersedekah dengan berzikir kepada Allah SWT, menyuruh amar ma’ruf. Seperti mana yang kita tahu, makna amar ma’ruf ialah mengajak manusia melakukan kebaikan. Saya mempunyai kisah tentang amar ma’ruf ini. Saya merupakan seorang pelajar kolej. Saya mempunyai ramai kawan-kawan yang mempunyai attitude tersendiri termasuk saya. Saya merupakan pelajar yang senyap dan tidak suka mencarut atau bercakap perkara yang sia-sia. Oleh itu, jika ada rakan saya yang mencarut dihadapan saya, saya akan menasihati mereka agar jangan mencarut kerana ia akan menambahkan dosa serta titik hitam dihati mereka. Memang azam saya sejak dari alam persekolahan lagi agar tidak mencarut. Saya juga akan mengajak rakan-rakan saya untuk menunaikan solat secara berjemaah di surau kolej. Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mengajak mereka. Jika mereka tidak mahu atau menolak, saya akan merayu kepada mereka untuk pergi juga ke surau. Akhirnya mereka mengalah dan pergi menunaikan solat secara berjemaah. Dalam kisah ini, dapat kita simpulkan bahawa kita kena mengajak orang sekeliling kita untuk membuat kebaikan. Jika mereka tidak mahu, kita pujuk rayu mereka dan jika mereka tetap berdegil, kita doakan untuk mereka agar Allah SWT lembutkan hati mereka untuk berubah kerana seperti mana yang kita tahu, hidayah itu bukan milik kita tetapi milik Allah SWT.




Selain itu, hadis ini juga telah mengajak kita untuk berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sebagai contoh, para sahabat bukannya tidak melakukan amal ibadah. Tetapi mereka risau kerana ada orang yang mampu melakukan amal yang lebih seperti bersedekah sedangkan mereka tidak mampu bersedekah dari segi harta. Pada hari ini, kita tidak boleh memberi alasan untuk kita tidak bersedekah. Jika kita tidak mampu bersedekah beratus-ratus ringgit seperti orang-orang berada, kita boleh bersedekah dengan kadar kemampuan kita. Kita perlu tahu yang mana Allah SWT tidak memandang kepada nilai yang kita sedekah, tetapi Allah SWT memandang keikhlasan kita. Justeru itu, kita hendaklah melakukan amalan bersedekah secara istiqamah.



 



Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1.     Sikap bijak dalam mnghadapai pelbagai keadaan serta mendatangkan khabar gembira bagi jiwa serta menenangkan perasaan.

2.     Para shahabat berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan.

3.     Luasnya keutamaan Allah ta’ala serta banyaknya pintu-pintu kebaikan yang dibuka bagi hamba-Nya.

4.     Semua bentuk zikir sesungguhnya merupakan sedakah yang dikeluarkan seseorang untuk dirinya.

5.     Malah menyalurkan syahwat kepada yang halal seperti berjimak dengan isteri juga sedekah

6.     Anjuran untuk meminta sesuatu yang dapat memberi manfaat bagi seorang muslim dan yang dapat meningkatkan dirinya ke derajat yang lebih sempurna.

7.     Didalam hadits ini terdapat keutamaan orang kaya yang bersyukur dan orang fakir yang bersabar.


Credit to : Amirul Afiq bin Md Zin ( Kacak Asal ) 👳
                  Mohd Zarif Danish bin Shahrudin
                  Ahmad Uzair Bin Zainal Abidin


Reference: https://cahayapurnama.com/hadis-ke-25-hadis-40-imam-nawawi/
                  http://akinoa89.blogspot.com/2011/08/hadis-40-imam-nawawi-hadis-25-sedekah.html
                  https://pondok-siber.blogspot.com/2017/06/perkongsian-hadis-25.html

KURNIA DAN LUASNYA RAHMAT ALLAH Hadis ke 25 ( daripada Hadis Imam Nawawi ) Assalamualaikum wbt. Baru-baru ini, saya dan rakan-raka...